Friday 30 December 2011

Jiwa Baru

Heloo,
Actually this post is regarding azam baru for the next year. 2012 coming guys and i can't believe that ! macam biasa, masih banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki untuk masa hadapan dan seterusnya mengenali diri secara menyeluruh. Semoga tahun depan lebih baik dari tahun ini insya-Allah. Semua peristiwa pahit, lucu dan manis itu sudah menjadi kenangan dalam kamus hidup kita. Banyak dugaan yang kita tahun ni tapi anggap lah semua pengalaman tahun ini menjadikan kita lebih matang dan berfikiran positif. Setiap orang memang inginkan yang lebih baik dari sebelumnya dan saya pun macam tu juga. Tapi bukan semua orang betul-betul berusaha untuk menjadi yang lebih baik. So, kalau kita impikan yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya, kena rajin berusaha ! Tahun 2012 tu berada dalam genggaman tangan kita sendiri, better or wost ! Jangan pernah malu dengan keadaan diri kita sendiri, kita adalah kita. Sekalipun kita tak sehebat atau sebijak kawan-kawan yang lain tetapi kita adalah orang yang paling tahu tentang kehidupan kita sendiri. Apa yang paling penting jangan cepat mengalah dan terus berusaha supaya lebih maju.
Jangan kita lupakan semua memori tahun ini kerana semua tu telah pun menjadi kenangan utuk kita dan cabaran untuk masa depan untuk menjadi orang yang lebih berguna . Percaya lah pada diri sendiri dan buang semua perkara negatif sekiranya tidak memberikan apa-apa perubahan dalam diri sendiri. Hargailah usaha kita sendiri kerana itu merupakan titik peluh kita dan jangan tersalah langkah dalam membuat keputusan ! Kita juga perlu berani menunjukkan diri kita yang sebenar .